Tuesday, August 3, 2010

lelaki tampan

susah juga jadi lelaki tampan ya..ingatkan perempuan cantik je yang selalu menjadi mangsa kerakusan sang lelaki yang tidak mengenal erti kemanusiaan..tiba2 terfikir selepas menonton series KCB tadi..ramadhan special edition..walaupun title ustaz, kuat agama, beristeri solehah dan cantik, mempunyai keluarga yang bahagia, tapi lelaki selalunya kalah dengan pujuk rayu wanita lain..amat sedikit yang mampu keluar dari bahaya tersebut..kalau tengok kisah nabi Yusuf a.s yang memiliki separuh daripada kecantikan seluruh manusia pula bagaimana?

Isteri Gabenor sampaikan menutup pintu2 yang ada yang membolehkan mereka melakuka zina tanpa gangguan orang lain..tapi, nabi Yusuf menolaknya dan hanya berlindung pada Allah..tanpa perlindungan Allah, nabi Yusuf juga mungkin terjerumus dengan pujukan wanita..dan akibatnya nabi Yusuf sanggup memilih penjara jika itu jalan terbaik untuknya mengelak daripada dia menjadi fitnah masyarakat atas ketampanannya...

Hakikat ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w: "Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita" Muttafaqa' Alaih

Dr.Muhammad Said Ramadhan al-Buti, "Wanita mampu, jika mahu, untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dahsyat kepada lelaki sehingga tidak dapat dihindarinya, dan ia juga boleh menjadikan dirinya selaku yang boleh membawa ke jalan yang selamat dan sentosa"

Maka, tundukkanlah pandanganmu wahai lelaki beriman dan kepada Allah lah jua tempat kamu berlindung...



Sunday, August 1, 2010

people come people go

that's life..dah masuk 4 tahun di bumi nz yang cantik ni, tiba2 terfikir..actually,dari dulu dah terfikir psl ni,tapi mungkin sekarang, dah semakin matang, dah boleh betul2 menilai erti sebuah pertemuan...last time, during potluck/BBQ mumsa, boleh dikatakan semuanya muka2 baru..tgl berapa je lagi spesies2 daku yang tinggal.haha. kalau boleh di compare balik semua gmbar2 yang berlaku di ICC, mesti boleh tgk perubahannya..people come, people go..jangan salahkan perpisahan, tapi salahkan pertemuan.. gelak tawa kita bersama hanya sementara..cuma, kalau berkawan, biarlah kawan sampai ke syurga..=) even in a long distance, we can't feel the distance if we stay connected to each other..medium kan banyak..cuma nak atau tidak sahaja...

few months to go...kenapa semakin malas? kalau nak sampai ke puncak sana, kenalah mendaki dengan gigih...jangan malas2..okay,back to work..daa

Friday, July 23, 2010

mutiara Zabarjad

Sangat terkesan dengan kata2 dibawah..notes dari Rabi'atul 'Adawiyah Ahmad : Suara Hati Lelaki Penghuni Syurga..
http://www.facebook.com/profile.php?id=1466058630#!/note.php?note_id=146432978700052&id=548659110&ref=mf

Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas...

Saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja,
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya,
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

Saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara,
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia,
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya...

Saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya,
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat,
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...

Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,
ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?

Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Saudariku...
ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan,
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian,
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan,
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah,
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah,
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a,
di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah...

:(

Sunday, June 27, 2010

big girl

I used to think
I had the answers to everything,
But now I know
Life doesn't always go my way, yeah...
Feels like I'm caught in the middle
That's when I realize...

I'm not a girl,
Not yet a woman.
All I need is time,
A moment that is mine,
While I'm in between.

somehow, i think this lyric sgt kena dgn situasi sy skrg.today, i had a conversation with my mum which was about.....*ok, not like mak, sy dah nak kawin skrng*..bkn psl tu..tapi sumthing that if people can see my face, i was blushing at that time..saya rasa saya dah dewasa! dah boleh sembang2 dgn mak psl that 'thing'..hurm..but somehow, saya rasa sebak jugak bila membincangkan hal tersebut..mungkinkah saya takut utk berhadapan realiti? seriously..saya taknak jadi mcm golongan itu..saya sangat teringin utk jadi seperti golongan ini..tapi mampukah saya jadi seperti itu? ya Allah, berikan yg terbaik utk hambaMu ini..

Tuesday, June 22, 2010

mungkinkah

mungkinkah saya akan bekerja keras bila mendapat upah atau bayaran?mungkin..sebab saya takut duit yang saya dapat tu tak berkat..tapi, belajar juga dibayar..tapi, kenapa kurang bersungguh2? hurm, persoalan di situ..

Monday, June 14, 2010

resah

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.” (HR Muslim)

shocking

duit penghalang untuk orang berkahwin di usia muda?bukan ke dalam Islam mas kawin je yang penting? tapi kenapa orang sekarang ni, kalau setakat seribu dua je ada mmg xdpt la nak kawin ngan anak dara orang? so, as a consequence, banyak je remaja2 yang terlanjur sebelum berkahwin..yelah, nak kahwin xlepas lagi..tapi nafsu dah membuak2.iman x kuat mana..sembahyang lima waktu pun tah ke mana..sedih la bila fikirkan hakikat, berapa ramai je lagi remaja yang betul2 'suci'.."nak pilih suami atau isteri yang betul2 boleh dijadikan pasangan hidup bukan mudah"-kata seorang sahabat..saya setuju itu..

petikan status fb seorang sahabat-"tidak hairanlah kenapa graduan luar negara lebih berakhlak apabila pulang ke tanah air kerana di luar negara, Islam dengan bukan Islam adalah jelas dan nyata bezanya, cara hidup, pergaulan, etc..tapi hakikat di Malaysia, tanah air yang majoritinya umat Islam berbangsa Melayu, sudah tidak lagi mengamalkan cara hidup seorang muslim.dengan zinanya, buang anak, arak, judi, kelab2 malam dan sebagainya.." bila difikirkan, betul ayat ni..bukan lah nk mendabik dada..tapi ni lah hakikatnya..di luar negara, kita jauh dari keluarga dan kelompok masyarakat itu sendiri..rakan2 lah yang membentuk rakan2 yg lain..dari segi tarbiyahnya, usrah..di malaysia, bila sebut usrah, lame..ckp benda yang sama..orang yang pakai tudung labuh pandang serong pada orang yang tidak bertudung atau tudung selempang etc..prinsip sesetgh org, asalkan 'aku' xbuat benda tu sudah lah..kubur kau kubur kau kubur aku kubur aku..bukan ke kita umat Islam bersaudara? macamana tu agaknya ye..(ok,rasa mcm ustazah lak ckp mcm ni, tapi who cares, nak luahkan perasaan skrng ni selepas dpt berita yg shocking)! rasa takut dan gementar untuk kembali ke tanah air tidak lama lagi..semoga Allah kuatkan hatiku dan kawan2 yg lain..amin