Friday, September 4, 2009

Perempuan

As usual, pagi2 sabtu kami di sini..menonton nur kasih kat tv3.com.my...fav series tuh.xboleh missed.hehe.byk nasihat yg disampaikan.tapi pagi ni, byk kali hati terusik esp part yg melibatkan anak2 dan mak.."keredhaan Allah itu datangnya atas keredhaan kedua ibu bapa kita"..

perempuan senang masuk syurga tapi ramai dalam neraka..kadang2 bila fikir balik ayat ni,maksudnya perempuan ni kat ats pagar lah ye..kalau buat baik lebih sedikit, masuklah syurga..kalau dosa terlebih sedikit, masuklah neraka..itu pendapat sy la..tapi xtau la kebenarannya kan..wallahua'lam

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Antara dialog antara Aishah r.a dan Rasulullah S.A.W;

Aishah r.a. : “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?”

Rasulullah S.A.W : “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)” 

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

*************************************************************************************

okay, so nampak senang je kan perempuan nak masuk syurga..tapi bukan senang nk bagi spenuh ketaatan kpd suami bila dah berkahwin (status ym seorang nakibah uni auckland yg sudah berumahtangga).mayb sebab tu perempuan juga lebih ramai di neraka..
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

wallahua'lam

*************************************************************************************

p/s: nk start simpan duit byk2..stop shopping bnda2 yg x faedah.=P

1 comments:

Fairuz Sallehuddin said...

Thanks kak zu. really like this entry :)