Monday, May 10, 2010

Ibu bapa bukan liabiliti

this is a forwarded email from my sister, from her friend yang boleh kita jadikan iktibar sama2..

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya... Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi !

Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

p/s: selamat hari ibu wahai ibuku yang tercinta walaupun ku tahu ibuku takkan membacanya..tapi dah wish semalam..happy bila mak terharu =)

Sunday, May 9, 2010

Owlcatraz

today, i went to Owlcatraz, a native birds and wildlife park with friends..before we start the tour, me and a friend performed zohor prayer outside the entrance building..we just put a jacket on the floor next to a rack of chairs..and pray as usual..and my other friends were waiting for us inside. since we were praying towards a rack of chairs which were covered with a canvas, where the kiblat direction is, suddenly, a kid came out and asked me what's inside the canvas..she was suspicious since we seemed very attracted to the 'things' inside the canvas..but, we were praying at that time, so we can't answer her question. she kept asking me, "what's inside?"..sabar jela..fuh, luckily my friend finished first, and she explained to the kid that there're just chairs inside the canvas, and nothing interesting there..but she looked suspicious and asked again..then why you guys are doing that?well, we were praying when she came, so, rukuk and sujud might look interesting for her..haha..then, she try to "sujud" to see what's inside the canvas as well..then, my friend said we were praying..but absolutely, she know nothing..what's praying for her since she just about 8-10 years old kiwi girl i think..so,it's kinda funny though..then, our tour guide also came out to say that he was ready but then he realised that we were praying at that time, so he stopped talking to us..mayb he could understand what we were doing, or he might think that we were...only God knows..haha

then, we start our tour..there were lots of owls and weka (bird species)..and also giant cows..one more interesting thing that we experienced was the Wairuru Cave..a man-made cave which take about half an hour to go through..

Wairuru Cave entrance

there was very dark and silent in the cave and a bit cold...i think this was my first experience to be in the cave that is very dark..i tried to get a feeling of being in a coffin in a grave..being alone, and very dark..no body there with u anymore..fuh,quite scary..anyway, there were lots of glow worms which at first i thought it just man-made light bulbs..*itulah,berangan lagi time tour guide tu bagi penerangan*..haha..subhanallah..sangat cantik!!seems like u see lots of shining and blinking stars in the sky at this moment..*i wish i can lie down in the middle of the rugby field over there, and watch the stars..with a partner perhaps?coz u know, i hate to be alone.... =P*
all together, it was very amazing experience for me..thanks friends who bring me over there..



Big Snow-the giant cow

Friday, May 7, 2010

99+1

Hati ini tenang bila melakukan kebaikan dan resah bila melakukan kejahatan..kadang2, terasa diri ini begitu lemah..iman di dada seperti ombak di lautan..ada pasang dan surutnya..oleh sbb itu, kadang2 diri terjatuh, kemudian diangkat semula..kemudian, tergelincir lagi, dan diselamatkan lagi..kemudia jatuh lagi..sampai bila agaknya akan terus diselamatkan ye?hurm..moga2 Allah terus memberi hidayah kepada diri ini..tapi,bila memikirkan hal tersebut, kisah di bawah ni mesti datang dalam fikiran..pintu taubat takkan pernah tertutup selagi hambaNya terus menerus meminta dariNya selama ruhnya belum sampai di kerongkongnya [HR At-Tirmidzi]

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.

-(HADIS RIWAYAT MUSLIM).


Daripada Abu Dzar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, " Allah A'zza wa Jalla berkata, ' Barang siapa datang dengan membawa satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali gandanya atau lebih. Barang siapa datang dengan membawa kejelekan, maka baginya kejelekan sepertinya atau Aku ampunkan. Dan barang siapa mendekatiKu sejengkal, Aku dekatinya dengan sehasta. Dan barang siapa mendekatiKu sehasta, Aku dekatinya sedepa. Barang siapa mendatangi dengan berjalan, Aku datanginya dengan berlari. Barang siapa menemuiKu dengan kesalahan sebesar bumi, sedangkan dia tidak menyekutukanKu dengan apa pun, Aku menemuinya dengan ampunan yang sepertinya (seperti ukuran dosa hamba tersebut)'."[HR Muslim].

Saturday, May 1, 2010

1 May

Bismillah...

ok, dah masuk 1 May 2010 di bumi New Zealand ni, baru lah boleh update blog ni.. kalau tak, dah terlalu banyak post di bulan April..nak buat cmne, byk sgt yg hati ni nak berkongsi bersama..ada apa dgn 1 May?? bulan May byk peristiwa2 bermakna spt hari ibu (9th May), hari guru (16th May), peristiwa berdarah (13th May?), hari lahir tiga beradik =) (23th, 24th and 25th)..pandai mak saya pilih tarikh..=P cerita tentang hari lahir, kt bawah ni memperkenalkan my newest niece..


Nurin Nafeesa Mohd Nurilhadi

chubby dan sihat macam siapa ntah?=P *geram* tak sabar nak tgk, cubit pipi dan dukung dia..tak sabar nak balik Malaysia dan jumpa semua kaum keluarga, anak2 buah kesayangan =( *sabar2, dah xlama lagi tu*....erm, apa lagi nak merepek sebelum tidur ni ye?pernah tak terfikir, bila kita tidur, dan kemudian bila kita bangun keesokan harinya, kita dapati yang seseorang yang bermakna dalam hidup kita sudah tiada di sisi kita..tanpa sedari, semasa kehadirannya, kita tak pernah pun ckp pada dia yang dia bermakna dalam hidup kita? kita sayangkan dia? kita hargai dia? hurm..tapi semua tu dah tertulis..kita hanya mampu bersedia dgn sebrang kemungkinan..mungkin ianya terjadi pada orang lain di sekeliling kita, dan mungkin pada diri kita sendiri? who knows..so, hargai lah orang2 di sekeliling anda selagi masa masih ada..

selamat malam semua..wslm =)