Friday, May 7, 2010

99+1

Hati ini tenang bila melakukan kebaikan dan resah bila melakukan kejahatan..kadang2, terasa diri ini begitu lemah..iman di dada seperti ombak di lautan..ada pasang dan surutnya..oleh sbb itu, kadang2 diri terjatuh, kemudian diangkat semula..kemudian, tergelincir lagi, dan diselamatkan lagi..kemudia jatuh lagi..sampai bila agaknya akan terus diselamatkan ye?hurm..moga2 Allah terus memberi hidayah kepada diri ini..tapi,bila memikirkan hal tersebut, kisah di bawah ni mesti datang dalam fikiran..pintu taubat takkan pernah tertutup selagi hambaNya terus menerus meminta dariNya selama ruhnya belum sampai di kerongkongnya [HR At-Tirmidzi]

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.

-(HADIS RIWAYAT MUSLIM).


Daripada Abu Dzar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, " Allah A'zza wa Jalla berkata, ' Barang siapa datang dengan membawa satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali gandanya atau lebih. Barang siapa datang dengan membawa kejelekan, maka baginya kejelekan sepertinya atau Aku ampunkan. Dan barang siapa mendekatiKu sejengkal, Aku dekatinya dengan sehasta. Dan barang siapa mendekatiKu sehasta, Aku dekatinya sedepa. Barang siapa mendatangi dengan berjalan, Aku datanginya dengan berlari. Barang siapa menemuiKu dengan kesalahan sebesar bumi, sedangkan dia tidak menyekutukanKu dengan apa pun, Aku menemuinya dengan ampunan yang sepertinya (seperti ukuran dosa hamba tersebut)'."[HR Muslim].

0 comments: