Tuesday, August 3, 2010

lelaki tampan

susah juga jadi lelaki tampan ya..ingatkan perempuan cantik je yang selalu menjadi mangsa kerakusan sang lelaki yang tidak mengenal erti kemanusiaan..tiba2 terfikir selepas menonton series KCB tadi..ramadhan special edition..walaupun title ustaz, kuat agama, beristeri solehah dan cantik, mempunyai keluarga yang bahagia, tapi lelaki selalunya kalah dengan pujuk rayu wanita lain..amat sedikit yang mampu keluar dari bahaya tersebut..kalau tengok kisah nabi Yusuf a.s yang memiliki separuh daripada kecantikan seluruh manusia pula bagaimana?

Isteri Gabenor sampaikan menutup pintu2 yang ada yang membolehkan mereka melakuka zina tanpa gangguan orang lain..tapi, nabi Yusuf menolaknya dan hanya berlindung pada Allah..tanpa perlindungan Allah, nabi Yusuf juga mungkin terjerumus dengan pujukan wanita..dan akibatnya nabi Yusuf sanggup memilih penjara jika itu jalan terbaik untuknya mengelak daripada dia menjadi fitnah masyarakat atas ketampanannya...

Hakikat ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w: "Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita" Muttafaqa' Alaih

Dr.Muhammad Said Ramadhan al-Buti, "Wanita mampu, jika mahu, untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dahsyat kepada lelaki sehingga tidak dapat dihindarinya, dan ia juga boleh menjadikan dirinya selaku yang boleh membawa ke jalan yang selamat dan sentosa"

Maka, tundukkanlah pandanganmu wahai lelaki beriman dan kepada Allah lah jua tempat kamu berlindung...



0 comments: